Sunday, 1 December 2013

AKTIVITI-AKTIVITI YANG DILAKUKAN SEPANJANG TAHUN 2013

Antara aktiviti-aktiviti yag telah dilaksanakan sepanjang tahun 2013 adaalah;

(tidak mengikut kronologi)

- Pendaftaran
-Sambutan Anti Dadah
-Kem Motivasi
-Kem Kepimpinan
-Watikah Perlantikan
-Program Mentor-Mentee
-Mesyuarat Agung PIBG
-PIDM 2013
-Hari Keusahawanan
-Program Ponteng Sifar
-Liga Bola Sepak
-Sambutan Raya
-Hari Sukan
-Orientasi (Tingkatan 1 dan 4)


Berikut adalah aktiviti yang sempat dilakukan sepnajang tahun 2013, sedikit sebanyak para pelajar serta guru mendapat manfaat daripada aktiviti tersebut.

Monday, 19 August 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin



















         Di Aidilfitri mulia ini, maaf di pinta jika :
         Terkasar bahasa
         Tersilap bicara
         Termarah tiba-tiba
         Tertanya tak tentu hala
         Tersasul yang tak segaja
         Terpinjam harta benda
         Termoody tak semena-mena
         Terumpat bila-bila
         Dan macam-macam lagi yang ada
         Selamat Hari Raya Aidilfitri



        Ikhlas daripada : Warga Pembimbing Rakan Sebaya SMK Permata Jaya
         

Monday, 22 July 2013

Quote of The Day



Ramadan ( رمضان)




Ramadan ( terjemahan harfiah: "panas terik") (biasa digelar "Ramadan Al-Mubarak") adalah merupakan bulan yang ke-9 dan bulan paling suci di dalam kalendar Islam. Seperti bulan Islam lain, bulan ini mempunyai 29 atau 30 hari. Pada bulan ini umat Islam ini diwajibkan berpuasa seperti yang termaktub dalam al-Qur'an yang bermaksud:
Bulan Ramadan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu...
— surah Al-Baqarah, ayat 185
Bulan Ramadan merupakan masa untuk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga serta sahabat handai. Diharapkan dengan berpuasa dari fajar hingga senja umat Islam akan dapat mempertingkatkan disiplin diri dan menjadi pemurah, dengan mengingati kesusahan hidup sebahagian manusia yang miskin.

Peristiwa Semasa Ramadan

Turunnya al-Qur'an


Para ulama bersetuju bahawa Al-Quran mula diturunkan pada bulan Ramadan, namun tarikhnya kurang jelas. Ahlu sunnah wal jamaah menerima bahawa al-Qur'an diturunkan pada malam Jumaat, 17 Ramadan  dan oleh itu 17 Ramadan diperingati sebagai hari turunnya wahyu (Nuzul Quran) buat pertama kalinya (terdapat juga perbezaan pendapat mengenai perlu tidaknya peristiwa ini dirayakan ). Pada malam tersebut surah Al-‘Alaq ayat 1 hingga 5 diturunkan ketika Nabi Muhammad s.a.w. sedang berada di Gua Hira. Peringatan peristiwa ini biasanya dilakukan dengan acara ceramah di masjid-masjid.

Lailatul Qadar


Lailatul Qadar (malam ketetapan), adalah satu malam yang khusus terjadi di bulan Ramadan. Malam ini dikatakan dalam al-Qur'an pada surah Al-Qadr, lebih baik daripada seribu bulan . Saat pasti berlangsungnya malam ini tidak diketahui namun menurut beberapa riwayat, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadan, tepatnya pada salah satu malam ganjil yakni malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29. Malah ada sebahagian ulama yang menganggap ia berlaku pada malam genap seperti malam 24 Ramadan. Walaubagaimanapun, antara hikmah malam ini dirahsiakan agar umat Islam rajin beribadat di sepanjang malam khususnya di sepuluh malam yang terakhir. Sebahagian Muslim biasanya berusaha tidak melewatkan malam ini dengan menjaga diri agar berjaga pada malam-malam terakhir Ramadan sambil beribadah sepanjang malam.