FAQ

1. Adakah blog ini diuruskan oleh kaunselor ?
Tidak. Blog ini diuruskan oleh PRS tetapi dibantu oleh kaunselor.

2. Bagaimana jika saya ingin bertanya kepada kaunselor melalui blog ini?
Anda boleh tinggalkan soalan anda di blog ini atau emelkan kepada kami. Kami akan sampaikan kepada kaunselor. Identiti anda akan dirahsiakan

3. Bilakah waktu yang sesuai untuk saya berjumpa kaunselor?
Anda boleh berjumpa kaunselor pada bila-bila masa sepanjang sesi persekolahan

4. Bagaimanakah anda dapat membantu saya dalam menyelesai masalah?
Unit Bimbingan dan Kaunseling akan sedaya upaya membantu anda dengan memberi nasihat dan sebagainya. Anada juga boleh berjumpa dengan kaunselor jika mengalami sesuatu masalah.

5. Adakah Unit Bimbingan & kaunseling ini untuk pelajar bermasalah sahaja?
Tidak sama sekali. UBK disediakan di setiap sekolah bagi membantu pelajar dalam semua aspek. Anda boleh mengenali personaliti anda sendiri, mengetahui bidang yang sesuai untuk diri anda dan sebagainya melalui UBK.

No comments:

Post a Comment