SMK PERMATA JAYA
83100 RENGIT, BATU PAHAT, JOHOR
E-mel: smkpj72@gmail.com
Tel: 07-4241314
Faks: 07-4244402
VISI
SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG
MISI
MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI
MATLAMAT STRATEGIK
- Mempunyai barisan pemimpin pengurusan yang berintegriti
- Mempunyai sumber manusia yang berkualiti dari segi keilmuan, kemahiran dan sahsiah
- Melahirkan insan berkualiti yang dapat memenuhi keperluan global
- Mencapai prestasi cemerlang dalam pentaksiran dan penilaian
- Mempunyai kemudahan pendidikan yang berkualiti
- Mempunyai sistem pengurusan yang cekap dan berkesan
MATLAMAT SEKOLAH
Melahirkan tenaga manusia yang berilmu, berbudi bahasa, berdisiplin, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berteknologi dalam masyarakat bagi memenuhi keperluan negara maju menjelang tahun 2020
OBJEKTIF SEKOLAH
- Meningkatkan kualiti pendidikan dari segi pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan sahsiah secara berterusan bersesuaian dengan perkembangan semasa dan terkini
- Meningkatkan semangat cinta akan sekolah dan perasaan kekeluargaan dalam kalangan pelajar, guru dan kakitangan
- Meningkatkan perhubungan yang akrab dengan masyarakat setempat menerusi permuafakatan
- Meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap sekolah ini
Sejarah Sekolah
Pembukaan awal sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan Rengit, yang dibuka secara rasminya pada hari Ahad, 2 Januari 1972. Pada Tahun 1995, nama sekolah ini ditukar dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Rengit (SMK Rengit). Pada tahun 2008 pula, sekolah ini bertukar nama lagi menjadi Sekolah Menengah Kebangsaan Permata Jaya (SMK Permata Jaya) sehingga sekarang. Nama PERMATA JAYA dipilih kerana pelajar- pelajar sekolah ini seperti permata, sesuatu diumpamakan yang amat berharga dan perlu dijaga dengan sempurna.