Monday, 11 August 2014

Pemakanan Membentuk Sahsiah

Artikel ini di tulis oleh Dr. Hj. Tengku Asmadi bin T. Mohamad dan telah disiarkan dalam akhbar Harian Metro, Isnin, 24 Jun 2013.


Picture
Pada Tahun 2004, Nur Amalina Che Bakri membuat kejutan apabila berjaya mendapat 17A1 dalam keputusan peperiksaan SPM yang diumumkan.  Dia seorang pelajar yang sangat menjaga pemakanannya.  Dia tidak makan makanan ringan, makanan segera dan tidak minum minuman berkarbonat. Dia juga tidak makan organ dalaman binatang.  
Pada Tahun 2007 pula seorang pelajar dari Sekolah Menengah Agama Yan, Kedah, iaitu Azali Azlan membuat kejutan yang lebih besar lagi iaitu dengan mendapat keputusan 21A dalam peperiksaan SPM.  Antara rahsianya ialah dia banyak minum susu, makan kurma dan mengamalkan pengambilan madu. 

Jelas sekali, mereka yang berjaya adalah mereka yang menjaga pemakanannya.  Sayangnya, perkara yang penting ini dianggap remeh oleh pelajar dan ibu bapa.  Malah ada yang tidak bersarapan pagi sewaktu mahu ke sekolah hingga ada yang pitam ketika berdiri dalam perhimpunan pagi. Sedangkan sarapan pagi adalah satu kemestian bagi memberikan tenaga kepada anak-anak sewaktu belajar.   Tanpa bersarapan bagaimana mungkin mereka mahu fokus kepada pembelajaran sepanjang hari. 

Dalam Surah al-Maidah, ayat88 pula Allah s.w.t. berfirman yang mafhumnya: “Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman”.

Apabila disebut makanan yang baik, maka ia termasuklah dari segi sumber, kebersihan, nutrisi, rasa, khasiat dan yang paling penting halal.   

Baik Dari Segi SumberIbu bapa hendaklah memastikan bahawa sumber rezeki yang dibawa pulang dan diberikan kepada anak-anak bukan dari sumber yang haram seperti berjudi, riba, curi, rasuah,menipu dan seumpamanya.  Nabi s.a.w pernah bersabda:  "Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya" (Hadith riwayat at-Tarmizi).  Begitulah tegasnya Baginda Rasulullah dalam memberi amaran tentang perlunya menjaga makanan. 

Saad bin Abi Waqas bertanyakepada Rasulullah SAW:   "Wahai Rasulullah, pintalah kepada Allah agar Dia menjadikan doaku mustajab.  Jawab Rasulullah SAW: Wahai Saad, jagalah soal makanmu nescaya kau menjadi orang yang makbul doanya. Demi Allah yang nyawa Muhammad dalam tanganNya, jikalau seseorang lelaki memasukkan sesuap makanan haram dalam perutnya, doanya tidak akan diterima selama empat puluh hari. Sesiapa hamba yang dagingnya tumbuh dari makanan haram dan riba maka neraka lebih layak baginya"  (Hadith Riwayat Ibnu Abbas).

Bagaimanakah anak-anak kita mahu berjaya dan berkat hidupnya apabila doa mereka dan doa kita tidak dimakbulkan oleh Allah hanya kerana makanan yang kita suap ke mulut itu dari sumber yang haram. 

Makanan memberi kesan kepada tingkahlaku
Dewasa ini banyak organisasidi luar negara yang telah membuat kajian tentang  perkaitan antara pemakanan dan tingkahlaku.  Sebuah badan bukan kerajaan www.fabsearch.org  adalah sebuah NGO yang telah ditubuhkan pada Tahun 2003 dan begitu aktif melakukan kajian, penyelidikan dan mengumpulkan pelbagai sumber rujukan bagi membuktikan bahawa pemakanan ada kaitannya dengan tingkahlaku manusia.

Satu penyelidikan telah dilakukan oleh Dr. Hemamali Perera, yang bertugas di Jabatan Psikologi, Universiti Colombo, Sri Langka.  Beliau telah memberikan kanak-kanak sekolah yang ada masalah tumpuan dan hiperaktif (ADHD) rawatan menggunakan ubat-ubatan standard namun tiada sebarang peningkatan positif darisegi tingkahlakunya.    Kanak-kanak in ikemudiannya diberikan asid lemak setiap hari selama enam bulan.  Hasil kajiannya mendapati peningkatan positif yang ketara dari segi keresahan, agresif, melengkapkan kerja, dan peningkatan prestasi akademik anak-anak ADHD ini.  

Malah padaTahun 2009, kajian yang telah dijalankan oleh Unit Psikiatri, Universiti OfBristol, UK, mendapati anak-anak yang diberikan makanan ringan seawal usia 4 tahun menyumbang kepada masalah tingkah laku dan hiperaktif. 

Indahnya Islam kerana Nabis.a.w telah mengajar kita dari segi pemakanan. Malah sebahagian daripada pemakanan sunnah turut disebut dalam al-Quran.  Makanan ini bukan sahaja berkhasiat malah memberikan kesan yang baik kepada tubuh badan sama ada dari segi perkembangan otak dan kesihatan tubuh badan secara menyeluruh.

Sehubungan itu, satu produk pemakanan kesihatan khusus untuk minda iaitu JuzQ30 telah dihasilkan.  JuzQ30 ini menggunakan bahan-bahan yang berasaskan sunnah iaitu madu, kurma, habatussauda, delima, gam Arab (manna), zaitun, zaffaran dan telah diadunkan bersama dengan bahan-bahan yang terbukti secara saintifik bagus untuk otak seperti gingko biloba, badam, pegaga, zaktar dan kismis.  Bahan-bahan ini pula diadun menggunakan air zam-zam.  

JuzQ30 ini boleh diambil dalam tempoh tiga hingga enam bulan untuk dilihat hasilnya.  InsyaAllah ia mampu membantu tumpuan belajar anak-anak serta membentuk tingkah laku yang lebih positif terhadap pembelajaran dan pergaulan.  Maklumat lanjut tentang produk ini boleh diperolehi melalui laman web www.juzq30.com atau boleh diperolehi dengan menghubungi talian 012-2324622.

Rezeki yang halal lagi baik bukanlah satu-satunya syarat dalam melahirkan anak-anak yang cemerlang.  Kalau pemakanannya baik tetapi anak-anak malas belajar maka tidak menjadi juga. Anak-anak cemerlang lahir dari kehidupan yang seimbang yang menekankan kepada semua aspek perkembangan jasmani, minda hati dan rohani.    Sebab itulah kursus-kursus dan seminar-seminar motivasi turut mampu menjadi pendorongkepada tingkahlaku positif anak-anak.

No comments:

Post a Comment