Langkah-langkah Menyelesaikan Masalah
MENGENAL PASTI MASALAH
- Kenal pasti rintangan yang dapat menyekat individu daripada mengenal pasti masalahnya.
- Misalnya, pelajar yang malas mengulangkaji pelajaran dan
meyiapkan kerja rumah. Kemunkinan halangannya adalah tiada buku
bimbingan atau suasana sekeliling yang tidak menyenangkan.
MENDEFINISIKAN MASALAH
- Menghuraikan setiap komponen masalah supaya mudah menyelesaikannya kelak.Ia menjadi lebih berkesan apabila masalah dapat digambarkan secara imaginasi ataupun grafik.
- Soalan-soalan berikut dapat membantu dalam usaha memahami masalah iaittu :
- apakah yang perlu diketahui ?
- apakah yang masih lagi tidak diketahui ?
- apakah penyelesaian yang ingin dicari ?
- apakah halangan dalam mencapai penyelesaian ?
MENCARI PENYELESAIAN
- Berfikir secara sistematik dan kreatif dalam mecari penyelesaian. Pemikiran kreatif mungkin berguna dalam mencari alternatif penyelesaian.
- Rancang strategi bagi setiap tindakan bagi mengelak daripada tergesa-gesa menyelesaikan masalah, membuat ramalan tanpa asas ataupun mengambil jalan mudah.
- Fikirkan seberapa banyak strategi yang boleh dan sesuai digunakan dalam penyelesaian masalah.
- Sediakan perancangan dengan teliti.
MENGAMBIL TINDAKAN
- Sebarang tindakan ataupun penyelesaian perlu mengambil kira kesan dan akibat daripada tindakan tersebut.
- Pilih stategi yang paling sesuai bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.
MENILAI KEJAYAAN TINDAKAN
- Apakah perbezaan antara keadaan dahulu dengan keadaan sekarang ?
- Apakah tindakan yang diambil bagi mencapai matlamat ?
- Mengesan kemajuan dengan menentukan sejauh mana matlamat tercapai dan adakah terdapat keperluan dalam menukar stategi penyelesaian ?
- Apakah kelemahan dan kebaikan tindakan itu ?
No comments:
Post a Comment