Personaliti adalah komponen penting dalam diri individu yang membentuk diri setiap orang. Ciri-ciri yang terdapat dalam diri individu membezakan individu itu dengan inidividu-individu yang lain. Perbezaan itu dapat menetukan sejauh mana keunikan individu yang lain. Oleh itu, timbul frasa psikologi dan kaunseling iaitu 'setiap manusia adalah unik.'
Allport di dalam tulisan Pervin (1996) mendefinisikan personaliti sebagai organisasi dinamik dalam diri individu, adalah sistem psikofizikal yang membentuk kriteria individu dari segi pola tingkah laku, pemikiran dan perasaan. Organisasi personaliti adalah corak ataupun pola yang bersifat dalaman. Organisasi melibatkan tindak balas mental dan emosi pada persekitaran iaitu pola-pola persekitaran, perasaan, dan perlakuan yang memberi kesan kepada setiap aspek kehidupan individu. (Gatchel &Mears, 1982)
Pervin (1996) melihat personaliti sebagai organisasi yang kompleks tenteng kognitif, perasaan dan perlakuan yang dapat menentukan arah dan corak kehidupan. Seperti tubuh badan , personaliti juga mengandungi struktur dan proses merangkumi aspek semula jadi iaitu gen dan temperamen serta asuhan pengalaman.
Sebahagian besar personaliti terbentuk melalui interaksi individu itu dengan persekitaran seperti keluarga, rakan sebaya, ahli masyarakat, institusi sosial, pendidikan,undang-undang dan sebagainya. Personaliti mengandungi kesan masa lalu. Ini termasuk kenangan masa silam dan pembinaan kehidupan masa kini dan masa hadapan. Interaksi yang berlaku antara pemikiran, emosi dan tingkah lakusepanjang hidup individu adalah aspek penting dalam pembentukan personalitinya.
Ketika manusia masih di alam remaja, mereka menghadapi krisis menghadapi krisis identiti dan pelbagai perubahan kesan daripada pertumbuhan fizikal dan perubahanhormon dalam tubuh badan. Kemurungan, kerisauan yang tinggi , tekanna emosi dan perasaan, konflik dan pertentangan remaja dengan orang dewasa, kongkongan oleh undang-undangdan kekangan peraturan yang bersifat pilih kasih, prejudus ataupun berat sebelah boleh menyekat perkembangan diri dan membantutkan usaha remaja mencapai kejayaan menuju ke alam dewasa.
Perubahan dari segi psikofizikal seperti perubahan suara, bentuk badan, alat kelamin, dan sebagainya banyak memberi tekanan kepada sesetengah remaja. Perubahan dari segi tanggungjawab sosial dapat menimbulkan konflik antara remaja dengan orang dewasa. Bagi remaja yang memiliki personaliti stabil, mereka verupaya mengawal keadan, berkemampuan menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi ecara bersendirian dan seterusnya dapat membuat keputusan dengan wajar dan tepat.
No comments:
Post a Comment