Monday, 11 August 2014

Pemakanan Membentuk Sahsiah

Artikel ini di tulis oleh Dr. Hj. Tengku Asmadi bin T. Mohamad dan telah disiarkan dalam akhbar Harian Metro, Isnin, 24 Jun 2013.


Picture
Pada Tahun 2004, Nur Amalina Che Bakri membuat kejutan apabila berjaya mendapat 17A1 dalam keputusan peperiksaan SPM yang diumumkan.  Dia seorang pelajar yang sangat menjaga pemakanannya.  Dia tidak makan makanan ringan, makanan segera dan tidak minum minuman berkarbonat. Dia juga tidak makan organ dalaman binatang.  
Pada Tahun 2007 pula seorang pelajar dari Sekolah Menengah Agama Yan, Kedah, iaitu Azali Azlan membuat kejutan yang lebih besar lagi iaitu dengan mendapat keputusan 21A dalam peperiksaan SPM.  Antara rahsianya ialah dia banyak minum susu, makan kurma dan mengamalkan pengambilan madu. 

Jelas sekali, mereka yang berjaya adalah mereka yang menjaga pemakanannya.  Sayangnya, perkara yang penting ini dianggap remeh oleh pelajar dan ibu bapa.  Malah ada yang tidak bersarapan pagi sewaktu mahu ke sekolah hingga ada yang pitam ketika berdiri dalam perhimpunan pagi. Sedangkan sarapan pagi adalah satu kemestian bagi memberikan tenaga kepada anak-anak sewaktu belajar.   Tanpa bersarapan bagaimana mungkin mereka mahu fokus kepada pembelajaran sepanjang hari. 

Dalam Surah al-Maidah, ayat88 pula Allah s.w.t. berfirman yang mafhumnya: “Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman”.

Apabila disebut makanan yang baik, maka ia termasuklah dari segi sumber, kebersihan, nutrisi, rasa, khasiat dan yang paling penting halal.   

Baik Dari Segi SumberIbu bapa hendaklah memastikan bahawa sumber rezeki yang dibawa pulang dan diberikan kepada anak-anak bukan dari sumber yang haram seperti berjudi, riba, curi, rasuah,menipu dan seumpamanya.  Nabi s.a.w pernah bersabda:  "Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya" (Hadith riwayat at-Tarmizi).  Begitulah tegasnya Baginda Rasulullah dalam memberi amaran tentang perlunya menjaga makanan. 

Saad bin Abi Waqas bertanyakepada Rasulullah SAW:   "Wahai Rasulullah, pintalah kepada Allah agar Dia menjadikan doaku mustajab.  Jawab Rasulullah SAW: Wahai Saad, jagalah soal makanmu nescaya kau menjadi orang yang makbul doanya. Demi Allah yang nyawa Muhammad dalam tanganNya, jikalau seseorang lelaki memasukkan sesuap makanan haram dalam perutnya, doanya tidak akan diterima selama empat puluh hari. Sesiapa hamba yang dagingnya tumbuh dari makanan haram dan riba maka neraka lebih layak baginya"  (Hadith Riwayat Ibnu Abbas).

Bagaimanakah anak-anak kita mahu berjaya dan berkat hidupnya apabila doa mereka dan doa kita tidak dimakbulkan oleh Allah hanya kerana makanan yang kita suap ke mulut itu dari sumber yang haram. 

Makanan memberi kesan kepada tingkahlaku
Dewasa ini banyak organisasidi luar negara yang telah membuat kajian tentang  perkaitan antara pemakanan dan tingkahlaku.  Sebuah badan bukan kerajaan www.fabsearch.org  adalah sebuah NGO yang telah ditubuhkan pada Tahun 2003 dan begitu aktif melakukan kajian, penyelidikan dan mengumpulkan pelbagai sumber rujukan bagi membuktikan bahawa pemakanan ada kaitannya dengan tingkahlaku manusia.

Satu penyelidikan telah dilakukan oleh Dr. Hemamali Perera, yang bertugas di Jabatan Psikologi, Universiti Colombo, Sri Langka.  Beliau telah memberikan kanak-kanak sekolah yang ada masalah tumpuan dan hiperaktif (ADHD) rawatan menggunakan ubat-ubatan standard namun tiada sebarang peningkatan positif darisegi tingkahlakunya.    Kanak-kanak in ikemudiannya diberikan asid lemak setiap hari selama enam bulan.  Hasil kajiannya mendapati peningkatan positif yang ketara dari segi keresahan, agresif, melengkapkan kerja, dan peningkatan prestasi akademik anak-anak ADHD ini.  

Malah padaTahun 2009, kajian yang telah dijalankan oleh Unit Psikiatri, Universiti OfBristol, UK, mendapati anak-anak yang diberikan makanan ringan seawal usia 4 tahun menyumbang kepada masalah tingkah laku dan hiperaktif. 

Indahnya Islam kerana Nabis.a.w telah mengajar kita dari segi pemakanan. Malah sebahagian daripada pemakanan sunnah turut disebut dalam al-Quran.  Makanan ini bukan sahaja berkhasiat malah memberikan kesan yang baik kepada tubuh badan sama ada dari segi perkembangan otak dan kesihatan tubuh badan secara menyeluruh.

Sehubungan itu, satu produk pemakanan kesihatan khusus untuk minda iaitu JuzQ30 telah dihasilkan.  JuzQ30 ini menggunakan bahan-bahan yang berasaskan sunnah iaitu madu, kurma, habatussauda, delima, gam Arab (manna), zaitun, zaffaran dan telah diadunkan bersama dengan bahan-bahan yang terbukti secara saintifik bagus untuk otak seperti gingko biloba, badam, pegaga, zaktar dan kismis.  Bahan-bahan ini pula diadun menggunakan air zam-zam.  

JuzQ30 ini boleh diambil dalam tempoh tiga hingga enam bulan untuk dilihat hasilnya.  InsyaAllah ia mampu membantu tumpuan belajar anak-anak serta membentuk tingkah laku yang lebih positif terhadap pembelajaran dan pergaulan.  Maklumat lanjut tentang produk ini boleh diperolehi melalui laman web www.juzq30.com atau boleh diperolehi dengan menghubungi talian 012-2324622.

Rezeki yang halal lagi baik bukanlah satu-satunya syarat dalam melahirkan anak-anak yang cemerlang.  Kalau pemakanannya baik tetapi anak-anak malas belajar maka tidak menjadi juga. Anak-anak cemerlang lahir dari kehidupan yang seimbang yang menekankan kepada semua aspek perkembangan jasmani, minda hati dan rohani.    Sebab itulah kursus-kursus dan seminar-seminar motivasi turut mampu menjadi pendorongkepada tingkahlaku positif anak-anak.

MR Nasir : TIPS PEMAKANAN UNTUK BELAJAR DENGAN LEBIH CEMERLANG

Salah satu cara untuk meningkatkan dan mengekalkan kesejahteraan atau kekuatan akal ialah melalui pemakanan yang berkhasiat dan mengelakkan sumber makanan yang boleh memberi kesan yang tidak baik kepada otak. Di sini diberikan sedikit panduan pemakanan untuk membantu dalam kesihatan otak dan sekali gus membantu dalam perkembangan daya pemikiran yang cerdas.
Makanlah makanan otak (brain food)
Makanan yang baik untuk otak termasuklah buah avokado, pisang, daging tanpa lemak, brokoli. beras perang, kobis Brussels, sayuran hijau, tembikai Cantaloupe, telur, kekacang, makanan bersumberkan gandum, oren, mentega kacang, kacang pea, kentang, kacang soya, ikan salmon, ikan tuna, kismis, kurma, badam dan madu lebah. Semua makanan ini kaya dengan anti-oksida, vitamin dan mineral, juga mengandungi nisbah karbohidrat, protin dan lemak yang membantu mengekalkan fungsi badan dan mental yang sihat. Rasulullah pernah memberitahu bahawa akal yang sihat itu terdapat pada badan yang sihat. Lebih-lebih lagi semua jenis makanan di atas adalah sumber semulajadi yang mana sudah tentu tidak mengandungi bahan-bahan tiruan yang mendatangkan kesan sampingan.
Makan makanan yang kaya dengan anti-oksida
Fungsi anti-oksida adalah melindungi sel-sel badan, termasuk sel-sel otak. Sesetengah makanan seperti prune, kismis, strawberi, blueberi, raspberi, bawang putih, kailan dan bayam mengandungi anti-oksida yang sangat tinggi. Tanpa anti-oksida, daya pemikiran akan merosot kerana sel-sel otak akan merosak akibat dari pemusnahan oleh radikal bebas. Oleh kerana itulah kita harus mengambil makanan yang tinggi khasiat anti-oksida dalam diet harian.
Pengambilan serat
Gizi makanan yang seimbang mestilah mengandungi serat. Ia bukan sahaja menyingkirkan toksin dalam badan malah menjauhkan brain fog atau hilang ingatan secara tiba-tiba yang disebabkan oleh toksin dalam badan.
Elakkan lemak berlebihan
Kebanyakan lemak adalah kaya dengan Omega-6. Lemak tepu telah terbukti membantutkan pertumbuhan sel-sel otak, manakala asid lemak Omega-3 merupakan unsur yang menyeimbangkan asid-asid lemak dalam badan juga otak.
Elakkan makanan yang mengandungi bahan tiruan
Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa bahan-bahan tiruan seperti pewarna, perasa atau pemanis, kola, sirap jagung, makanan sejuk beku, minuman segera bergula tinggi, makanan mengandugi MSG dan sebagainya, memberikan kesan tidak baik kepada otak. Secara asasnya makanan-makanan segera atau tiruan mempunyai kesan-kesan negatif jangka pendek dan jangka panjang. Walau sedikit sahaja pengambilan makanan jenis ini, ia akan memberika kesan kepada otak dalam masa 24 jam, lalu menyebabkan mental menjadi bengap, keliru dan kekurangan kuasa penumpuan.
Elakkan gula dan karbohidrat berlebihan
Gula dan juga karbohidrat berlebihan akan menjadikan minda menjadi mengantuk, lemah dan kurang bertenaga, juga boleh menyebabkan terjadinya brain fog, dengan kerana itu minda tidak dapat menjalankan proses berfikir dengan jelas dan lancar. Jadi elakkanlah makanan yang mengandungi glukos atau karbihidrat yang tinggi sebelum melakukan tugas-tugas yang banyak menggunakan proses berfikir, seperti kerja-kerja penulisan, kreativiti, penyelesaian masalah dan decision making.
Jangan tinggalkan sarapan pagi
Kajian menunjukkan bahawa, apabila kanak-kanak yang tidak makan sarapan pagi telah mula mengambilnya, didapati markah ujian matematik mereka mengalami peningkatan. Tetapi harus diketahui bahawa kita di Malaysia ramai orang suka mengambil nasi lemak sebagai sarapan. Nasi lemak boleh menyebabkan minda menjadi mengantuk, dan kepala ikan bilis yang terkandung dalam sambalnya itu menyebabkan daya ingatan menjadi lemah. Jangan makan nasi lemak pada sebelah pagi. Pastikan ikan bilis dibuang kepalanya sebelum dibuat sambal.
Jangan makan dengan berlebihan
Kesan makan berlebihan untuk jangka masa singkat, darah dalam badan ditumpukan kepada proses penghadaman, maka darah akan berkurangan pada bahagian otak. Untuk jangka masa panjang, oleh kerana lemak yang berlebihan (karbohidrat yang berlebihan akan disimpan sebagai lemak) saluran darah akan menyempit akibat penempelan lemak di sekitar pembuluh darah. Ini menjadikan darah akan kurang mengalir pada bahagian otak, lalu menyababkan otak menjadi lemah.
Alkohol - Elakkan sama sekali
. Dari segi kesihatan mental , arak atau alkohol akan membunuh sel-sel otak yang mennyebabkan kewarasan dan kecedersan fikiran merosot. Ramai yang mengadu bahawa alkohol telah menjadikan memori dan daya intelek mereka melemah akibat pengambilan alkohol.

BAGAIMANA MENJADI PELAJAR CEMERLANG




KAEDAH MENJADI PELAJAR CEMERLANG

Setiap pelajar ingin menjadi pelajar cemerlang dan sentiasa menanam cita-cita untuk menjadi yang terbaik. Dibawah menyenaraikan kaedah bagaimana untuk menjadi pelajar cemerlang. Marilah kita berkongsi ilmu yang diperolehi untuk membantu kita dalam mengapai cita-cita. Antara kaedah-kaedahnya ialah:




 BELAJAR DALAM PERSEKITARAN YANG KONDUSIF

Persekitaran memainkan peranan penting untuk menjadi pelajar cemerlang. Tempat yang selesa menjadikan proses pembelajaran juga lebih selesa. Antara ciri-ciri persekitaran belajar yang selesa ialah:

1.Tenang / damai

2.Sumber tenaga atau lampu yang mencukupi

3.Elakkan daripada gangguan bunyi bising

Misalnya mengulang kaji dalam bilik lampu yang terang, dapat membantu pelajar mengulang kaji dengan lebih selesa. Selain itu elakkan perkara- perkara yang mengganggu proses pembelajaran seperti radio, 
television
 dan sebagainya. Para pelajar juga tidak digalakkan mengulang kaji di atas katil kerana menyebabkan pelajar tersebut cepat mengantuk.



 SENTIASA BERSEDIA

Persiapan awal seseorang pelajar dapat dilakukan hanya melalui cara pembelajaran yang konsisten. Pelajar perlu mengulang kaji secara konsisten untuk mengelakkan kesukaran menelaah ilmu pada kemudian hari. Oleh itu pelajar dapat memahami pelajarannya dengan lebih mudah, tenang serta tanpa sebarang tekanan apabila mereka mengamalkan teknik belajar secara konsisten. Cara pembelajaran disaat akhir mestilah dielakkan bagi memudahkan kita mengulangkaji dengan lebih tenang dan tidak merasa tertekan.



  • MENETUKAN MATLAMAT
Setiap pelajar hendaklah mempunyai matlamat utama. Fakta utama yang menjadi asas kea rah mencapai kejayaan ialah penentuan matlamat. Pelajar perlu mempunyai matlamat tersendiri dalam merencanakan kejayaan yang diingini. Tanpa matlamat, kecemerlangan tidak mungkin di kecapi oleh pelajar. Misalnya kejayaan Nur Amalina yang mencapai 17A dalam peperiksaan SPM pada tahun 2004. Beliau mempunyai matlamat yang jelas untuk mencapai kejayaan.


  • SENTIASA MELAKUKAN AMALAN KEROHANIAN
Amalan ini merupakan amalan yang dapat menstabilkan emosi. Amalan ini juga merupakan amalan yang paling berkesan dalam menstabilkan emosi dan keharmonian jiwa. Oleh itu untuk menjadi pelajar cemerlang, para pelajar seharusnya melibatkan diri dalam proses menjernihkan jiwa iaitu dengan melakukan amalan-amalan kerohanian. Antara amalan kerohanian yang dapat membantu para pelajar menemui kedamaian jiwa dan kestabilan emosi ialah melakukan solat hajat, berdoa, solat tahajud dan berzikir. Begitu juga dengan agama lain yang mempunyai amalan kerohanian yang tersendiri.

  • MEMBUAT NOTA RINGKAS
Untuk menjadi pelajar cemerlang, para pelajar perlu membuat nota ringkas untuk memudahkan proses mengulang kaji apabila tiba musim peperiksaan. Dengan adanya nota ringkas tersebut, dapat membantu pelajar menjamin ingatan dan kuasa ingatan seseorang pelajar dalam masa yang singkat.
Tambahkan warna-warna yang menarik dalam nota ringkas kerana otak lebih mudah mengingat jika mengunakan warna-warna.

  • MENGULANGKAJI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH OUTPUT LEARNING
Kaedah ini melatih otak supaya menggunakan maklumat yang terkumpul. Kaedah ini dapat dilakukan melalui pembacaan buku nota, melakar, menyebut perkataan yang difahami dan menjawab soalan. Kaedah ini sering digunakan oleh para pelajar untuk mencapai kecemerlangan yang lebih berkesan. Mencari kata kunci yang mudah diingati oleh pelajar sendiri.

Diatas merupakan kaedah untuk membantu kita dalam mengulangkaji dengan mudah.Kaedah-kaedah diatas boleh membantu kita dalam belajar dengan mudah. Pencapaian tidak tiba dengan mudah selagi kita tidak mencuba dan mengunakan tenaga yang ada untuk menjadi pelajar dan mengamalkan cara belajar yang berkesan.

11 Makanan Yang Mengurangkan Kepandaian Otak Anda

Pemakanan sememangnya diakui boleh memberi kesan langsung kepada otak kita. Ada sesetengah makanan memberi kesan positif seperti merangsang tahap kognitif otak kita dan juga memperbaiki daya ingatan, manakala ada juga sesetengah makanan yang dapat memberi kesan negatif kepada otak dan pemikiran kita. Dapat dikatakan makanan seperti ini adalah makanan yang membodohkan kita, secara perlahan-lahan, tetapi confirm!


11 Makanan Yang Boleh Membunuh Kepandaian Kita


1. Makanan Bergula
Penggunaan berlebihan gula akan memberi kesan kepada masalah saraf, serta mengganggu daya ingatan kita. Juga mengganggu kebolehan kita untuk belajar! 

2. Alkohol
Selain daripada dapat merosakkan hati,  alkohol juga dapat memberi kita 'brain fog' yang mana otak tidak dapat berfikir dengan jelas, kecelaruan mental. Otak menjadi tidak seimbang, serta menyebabkan anda menjadi seorang yang sangat pelupa. 

3. Makanan Ringan
Makanan ringan atau juga dikenali sebagai jajan dikatakan mengandungi bahan yang boleh mengubah kandungan bahan kimia dalam otak. Penghasilan dopamine, atau hormon gembira juga akan terbantut. Ini akan membawa kepada penyakit kemurungan dan kebimbangan.  

11 Makanan Yang Boleh Membodohkan Anda

4. Makanan Bergoreng
Makanan bergoreng akan secara perlahan-lahan merosakkan sel saraf yang terletak pada otak. Minyak bunga matahari juga dikatakan adalah minyak yang paling banyak mengandungi toksin. 

5. Makanan Proses
Makanan diproses mengandungi kandungan bahan kimia yang sangat tinggi. Bahan ini boleh mengganggu sistem saraf dan akan mempercepatkan proses penuaan otak (Alzheimer). 

6. Makanan Yang Sangat Masin
Makanan masin dengan kandungan yang tinggi dapat mempengaruhi kemahiran kognitif dan juga menyebabkan otak menjadi tidak seimbang. Garam juga menunjukkan ciri-ciri seperti dadah yang boleh menyebabkan ketagihan dan juga kerosakan pada otak. 

11 Makanan Yang Boleh Mengurangkan Kepandaian Anda

7. Bijiran
Sebahagian jenis bijiran juga dipercayai boleh mengganggu fungsi otak. Pengambilan berterusan bijiran tertentu boleh mengakibatkan 'brain fog' dan juga kemerosotan daya ingatan.  

8. Protein Yang Diproses
Tidak seperti fungsi protein semulajadi, protein yang diproses seperti sosej, dan lain-lain memberi kesan yang langsung tidak sama, bahkan bertentangan dengan fungsi protein asal. 

9. Lemak Trans
 Lemak trans adalah makanan yang sangat patut dielakkan. Selain daripada menyebabkan masalah kepada jantung, meningkatkan tahap kolestrol dan juga obesiti, lemak trans juga boleh menyebabkan otak menjadi lembap, dan meningkatkan kadar strok! Pengambilan berterusan juga akan menyebabkan otak semakin mengecil, dan meningkatkan risiko Alzheimer. 

11 Makanan Yang Boleh Menyebabkan Anda Kurang Cerdik


10. Pemanis Tiruan
Pemanis tiruan mengandungi kadar kalori yang lebih rendah berbanding gula, tetapi memberi kesan yang jauh lebih buruk. Penggunaan pemanis tiruan yang berterusan akan mengakibatkan kerosakan pada otak dan mengganggu kemahiran kognitif anda.  

11. Nikotin
Sekalipun tidak dikategorikan sebagai makanan, namun nikotin sebenarnya sangat menghalang aliran darah ke bahagian organ yang penting. Nikotin menyebabkan penuaan yang lebih cepat, sesak nafas dan risiko kanser paru-paru, serta mengecilkan saluran darah kapilari yang kecil dalam otak.

Selamat Hari Raya AidliFirti 2014

Happy Eid Maaf Zahir Batin

We from SMK Permata Jaya would like to wish all Muslims in Malaysia and around the world Selamat Hari Raya AidilFitri 2014 or Eid Mubarak 2014 where the Muslim festival takes place from 28th and 29th July 2014 after a month long fasting. We would like to dedicate warm wishes of Ramadhan Kareem and Happy Eid Mubarak to all our readers, followers and friends too.  

Malaysians, especially Malays will head back to their hometowns for Hari Raya to be spent with their families, loved ones and friends. For Malaysian Muslims, it is traditional to use the expression, Maaf Zahir dan Batin to accompany Hari Raya greetings as it simply means forgiveness with all sincerity. 

Eid Mubarak 2014 Malaysia
For Malaysians who are journeying to their respective hometowns and kampungs, we wishes you a safe journey to and from. Remember, if you are tired, please stop or have someone drive for you. Also, be extra alert on the highways or the local roads. For those with kids, please supervise them especially if they are playing any fireworks or so on. For the health conscious, don't over eat even though the Hari Raya dishes and desserts are simple amazing. 

May God Bless you and your family with lots of good health, happiness and prosperity. Once again Salam Eid Mubarak, Ramadhan Kareem and Selamat Hari Raya AidilFirti 2014 to all Malaysians and Muslims around the world from us at SMK Permata Jaya

Wajib Betulkan Niat Dalam Menuntut Ilmu


pr0059


Pada mereka yang dahagakan Ilmu, berhati hatilah apabila mencarinya. Seandai berniat mencari Ilmu ini untuk berlumba lumba dan mendapat kemegahan dan terkemuka di kalangan kawan kawan dan untuk menarik perhatian orang ramai terhadap diri mu dan menghimpunkan akan kekayaan dunia, maka sebenarnya engkau telah berusaha menghancurkan agama mu dan membinasakan diri mu sendiri dan menjual akhirat mu untuk mendapat harta dunia, maka penjualan mu adalah rugi dan perniagaan mu porak peranda dan guru yang mengajar mu di kira menolong mu dalam membuat maksiat dan ia juga akan merasakan kerugian.Ketika ini guru yang mengajar mu laksana seorang yang menjual pedang kepada perompak seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "
“ Siapa yang menolong orang lain melakukan sesuatu maksiat walaupun dengan hanya setengah kalimat maka orang itu di kira berkongsi di dalam melakukan  maksiat tersebut.”
Dan jikalau niat mu dalam mencari ilmu itu untuk mencari keredhaan Allah dan mencari hidayah, bukan semata mata untuk pandai bercakap maka hendaklah engkau bergembira,  kerana para malaikat telah mengembangkan sayapnya apabila engkau berjalan dan ikan di dalam  laut semuanya meminta ampun bagi mu apabila engkau berjalan.
Tetapi sebelum itu hendaklah engkau ketahui bahawa hidayah itu adalah buah daripada ilmu dan bagi hidayah itu ada “bidayah”  (permulaan) dan ada pula “nidayah”  (kesudahan)  dan ada “zahir” dan ada pula“batinya”,dan engkau tidak akan sampai kepada “nihayatul hidayah” dan engkau tidak akan dapat menyelami “batin hidayah” kecuali setelah engkau selesai daripada menyempurnakan segala urusan yang berkenaan dengan “zahir hidayah” itu.

(Pesanan Imam Al Ghazali dalam Muqaddimah Kitab nya Bidayatul Hidayah)

How to Study at the Last Minute

Have you ever felt helpless at the minutes before your exams are about to start? Don't worry! Many people have faced this problem some time in their lives.

Steps


  1. Study at the Last Minute Step 1.jpg
    1
    Keep at least one hour at hand before the examinations start. This will be enough time to review most of your notes.
  2. Study at the Last Minute Step 2.jpg
  3. 2
    Start reading the summaries of all the chapters (and don't panic, you will do just fine). Try to read quite quickly since you don't have that much time unless you have more than one hour.
  4. Study at the Last Minute Step 3.jpg
    3
    When you have read all the summaries, head to your classmates and ask them what the most important parts in some chapters are. It will help a lot to know what's the most important part so you can study that part more carefully.
  5. Study at the Last Minute Step 4.jpg
    4
    Listen carefully and write the main points described by each summary; this will help you remember the points. Read everything you wrote down three to five times, so it stays in your head.
  6. 5
    Answer questions given in previous exams. Your instructor may ask questions from previous exams if you are lucky.
  7. Study at the Last Minute Step 5.jpg
    6
    Revise what you studied and test yourself quickly. If you still have some time left, study more.


Tips :
  • Don't let yourself be distracted by your friends or anyone. You need the time to study.
  • Don't freak out, just stay calm.
  • Figure out what you do know and move on. Focus more time on the things you really don't know.
  • Make sure that you keep notes safely even after the test/exam as they might come in handy later.
  • Try to study a few days before the test next time.
  • If you do fail, ask the teacher if you can do extra credit to make up for the lost points.

Warning : 
  • Don't cheat! If you're caught cheating in school, the consequences may be severe enough to lead to expulsion.

Tips Belajar secara efektif dan berkesan

1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan dan kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  
2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:

-Kita ingat 10% apa yang dibaca         
- Kita ingat 20% apa yang didengar
- Kita ingat 50% apa yang didengar dan dilihat 
- Kita ingat 70% apa yang dicakapkan   
- Kita ingat 90% setelah dipraktikkan

3. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-Quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.  

4. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulangkaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).  Ulangkaji sekerap  mungkin.

5. Manfaatkan kemahiran mengingat:

- Tampal nota-nota penting di dinding - Gunakan kaedah akronim
- Tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
- Reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat

6. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham  

7. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya. Tampal maklumat yang rumit di tempat yang biasa dilihat.

8. Cekap mengatur jadual belajar: Mempunyai jadual belajar, Patuh kepada jadual, Buat jadual yang boleh diikuti

9. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh dan malas.  

10. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih atau mengantuk.

11. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas Berjaya belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan atau sesuatu yang menghiburkan hati.

12. Buat Persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru. Untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.

13. Berbuat baik kepada guru. Sentiasa menghormati dan menyayangi guru.

14. Baca doa tanda kesyukuran selepas belajar 

Trial Around The Corner

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua warga blogger dan pembaca. Seperti yang kita sedia maklum bahawa peperiksaan percubaan semakin lama semakin hampir dengan kita. Sudahkan anda bersedia? Sudah cukup mantapkah segala ilmu yang dipelajari?

So kepada semua calon SPM dan PT3, diharapkan dapat bertenang dan lebihkan study daripada lakukan perkara yang tidak berfaedah. Study smart okey bukan study hard.

 Sekian sahaja post dari kami, nantikan post yang seterusnya dengan tips tips yang lebih menarik lagi. Wassalam